Heee Selamat Datang ke blog saya Bila hati Berbicara
Selamat datang dan mulakan hari awak dengan senyuman

Followers

Sunday, March 25, 2018

Yeay degree

Assalamualaikum, haii πŸ™‹‍♀️rasanya lama dah tak tulis dalam blog ni. Berhabuk dah macam nak terbatuk πŸ˜‚ . Sekarang kita dah sambung degree. Alhamdulilah Yeay, baru aku tahu sebenarnya pelajar dari kelas belakang, tak dipandang guru, sentiasa dipandang remeh oleh guru di sekolah bukanlah menunjukkan kau seorang yang gagal dan lemah dan tak berguna . Sebab tengoklah aku sekarang dah sambung belajar dan manusia tak boleh judge orang suka hati kerana masa depan manusia lain bukan ditangan orang yang judge kau tapi pada diri sendiri. Mungkin dulu aku budak kelas belakang dan selalu dimarahi oleh ibu bapa disebabkan dapat periksa "number last" tapi kekadang manusia perlu berubah untuk mendapat sesuatu yang baru. Aku sentiasa titipkan dalam hati setiap perjalanan aku adalah permulaan untuk aku terus belajar.

Pernah dulu, masa UPSR asyik-asyik kena marah sebab tak dapat A dalam semua subjek, sebab bagi aku dah okey dah result aku takdelah teruk pun tapi semua creditlah. Sampai satu peringkat aku menagis sebab kena marah je mana taknya kau dah cuba yang terbaik dan kau rasa dah okey tapi tetap tak dapat. Sampaikan tulis dekat atas meja "Aku nak 5A dalam UPSR. Amin" haha kelakar tapi last last masa UPSR tak dapat pun kau cuma dapat 2B 3C. Dapat result, aku dah takut sebab takut kena bantai dengan ayah last last aku koyakkan result aku tu. Okey tu masa UPSR.

Masa PMR, okey aku budak bukanlah pendiam bukanlah bising tapi biasa jeee bolehlah. So, kelas pun tak lah pandai masuk pun 3 Cerdik nama kelas macam pandai tapi tak berapa pandai pun. Selalu jugak, try belajar dengan study group tapi malangnya dari study group kepada gossip group. Ek, tak bagus betul perangai. Last last belajar sorang jela lagi bagus dari berstudy group bagai. Sampai ke form 5 aku masuk kelas sastera je, dekat kelas ada guru yang okey still bagi semangat kalau anak muridnya jatuh dan ada juga memadang remeh kekadanglah. Tapi guru, namanya pun guru mestilah selalu nak terbaik untuk anak murid cuma tulah anak murid yang tak faham bahasa. MALAS. Sampai ke SPM keputusan aku bolehlah tak teruk sebab ada cikgu yang tolong aku time belajar. Yeay aku ingatkan SPM nilah last tak belajar lagi. Tapi bak kata orang orang pembelajaran ni tak pernah habis sampai bila bila. mesti ada je benda yang kau tak tahu dan kau perlu belajar dan dengar. 

Aku tetap titipkan dalam hati, aku nak berjaya macam orang lain tunjuk pada mak bapak aku perlu berubah tak kira macam mana susah kau nak hadap. Kau mesti boleh buat. Kalau orang lain boleh kenapa kau tak. Setiap apa yang kau nak buat, cakap dalam hati "kau boleh buat" walaupun benda tu susah selalu keep positive semua benda. Inshallah semua okey. 

Bye, mai

No comments:

Post a Comment